Kampung Rejang- Aktiviti Di masa Lapang.
Setiap hari
selepas mengaji, aku dan kawan-kawan akan bermain. Biasanya kami bermain batu seremban,
teng-teng atau main pondok-pondok. Hanya sekali-sekala aku membantu apak di kedai runcitnya, itupun kalau
disuruh.
Permainan kami mengikut musim. Kalau musim bermain guli, kami pun ikut main
guli, kalau musim bermain baling gelang getah, kami pun ikut sama. Permainan kami tak mengira gender, apa yang
budak lelaki main, kami budak perempuan pun ikut sama. Pernah juga kami budak-budak perempuan main
perang-perang di belukar sebelah rumah kami.
Permainan baling
gelang getah yang paling aku suka.
Permainan ini seakan-akan judilah juga,hee..hee.. mana tak nya, gelang-gelang getah akan dibaling pada
kawasan yang ditandakan. Jika gelang getah yang dibalingkan tidak masuk ke
dalam kawasan yang ditandakan, maka dia akan dikeluarkan dari permainan dan
sesiapa yang dapat membaling ke dalam kawasan yang ditandakan dan terkena
dengan gelang getah yang telah dibaling terlebih dulu, maka dialah yang menang
dan kesemua gelang getah yang telah dibaling itu jadi milik dia.
Giliran membaling gelang getah akan ditentukan
melalui undian dengan cara membaling gelang getah. Sesiapa yang dapat membaling
paling jauh, dia akan menjadi peserta terakhir, maknanya, dia mempunyai peluang
terbesar untuk membolot gelang-gelang getah pemain-pemain lain. Aku merasa sangat bangga setiap kali bila
menang main baling gelang getah.
Terdapat juga
permainan gelang getah yang lebih complicated…dimana gelang2 getah akan disusun
di atas gelang getah yang diregangkan dengan dua batang kayu yg dipacak di atas
tanah. Sesiapa yg dapat menjatuhkan
gelang2 getah yg terbanyak…dialah pemenang.
Gelang2 getah itu di baling dengan gumpalan gelang2 getah yg diikat
ketat2 dengan gelang getah juga dan ia disebut sebagai TARGET(aha..kecik2 kami budak
Kampung dulu2 dah tau makna ‘target’)
Biasanya setiap
pemain ada gelang getah bertuah masing-masing.
Biasanya gelang getah itu lebih tebal dari gelang getah yang biasa dan
ia hanya digunakan di saat-saat genting dalam permainan baling gelang getah.
Pada zaman 70an,
gelang getah biasanya dijual dalam bungkusan dan saiznya tidak semua sama
seperti gelang getah di zaman ini.
Mungkin sebab dulu teknologi masih rendah. Kami si pemain gelang getah sanggup
menggunakan wang saku untuk membeli gelang getah dan akan memilih gelang getah
yang paling tebal sebagai ‘mako’ atau
gelang getah pembawa tuah. Jika tiada gelang getah yang tebal, kami akan
merendam gelang getah bersaiz biasa didalam minyak tanah. Kalau terlebih rendam ia akan terlampau
kembang dan biasanya ia mengecewakan si pemain gelang getah.
Bosan bermain kami akan
memanjat mana-mana pokok jambu batu atau jambu air yang ada berbuah di waktu
itu.
Di belakang rumah
kami ada sebatang pokok jambu air yang besar.
Jika musim berbuah, ia berbuah dengan banyaknya. Rasa buahnya manis dan ia berwarna pink. Kini pokok jambu itu tiada lagi. telah
ditebang kerana sudah terlalu besar dan mungkin merbahaya jika ia tumbang dan
menimpa rumah.
Pokok jambu batu yang
selalu menjadi mangsa kami ialah pokok jambu batu jiran belakang rumah kami,
milik Pak Jolen dan pokok jambu batu Nek Unggal Hajjah Saleha. Nek Unggal Hajjah Saleha baru meninggal dunia
pada awal tahun 2011. Al-fatihah buat
Allahyarhamah.
Aku, Fazedah dan sepupuku
Ida dan adik-adik kami selalu melepak di rumah Nek Unggal pada petang
hari. Nek Unggal dan anak-anak Nek
Unggal, Wa Yah dan Usu Neh sangat baik hati.
Tidak pernah mereka memarahi kami kerana suka melepak di
rumah mereka. Selalu kami dijamu dengan
air teh dan kuih-muih.
Suami Nek unggal,
Nek Abang Junaidi telah meninggal dunia semasa mereka sekeluarga
menunaikan fardhu haji. Masih jelas dimataku suasana sedih semasa
orang kampung menyambut ketibaan mereka sekeluarga dari Tanah Suci.

No comments:
Post a Comment