Aku dilahirkan di
Kampung Rejang,Sarawak, sebuah perkampungan masyarakat Melanau yang terletak di
Kuala Sungai Rejang, Sungai terpanjang di Malaysia.
Aku dilahirkan
pada 31 Januari 1964 lebih kurang jam 10 pagi, hari Jumaat. Aku dilahirkan di bulan
Ramadhan...Alhamdulillah.
Aku anak kedua
buat kedua ayahanda dan bondaku..yang kami panggil apak dan mak.
Aku ada seorang
abang yang kami panggil Abam dan adik-adikku..Elok, Ani, Dewi dan Mimi. Biarlah ku perkenalkan mereka dengan
nama-nama timangan itu meski nama sebenar mereka lebih panjang dan lebih
menarik :)
Aku pula...dipanggil
sebagai Ros...meski nama sebenarku lebih cantik dan lebih panjang dari itu :) Dikalangan adik-adikku dan sepupu
ku...kebanyakan mereka memanggilku sebagai Kak
O (nota: huruf o..bukan zero). Ia berpunca daripada kepelatan adikku Elok
yang belum pandai memanggil Ros..:)
Semasa aku
dilahirkan, apak berkerja sebagai kerani di Jabatan Kerja Raya di Kelupu,
sebuah tempat di kawasan Bintangor Sarawak.
Perbezaan umurku
dan abang sulung kami Abam, tidak sampaipun dua tahun. Sudah menjadi kelaziman wanita di zaman 60an,
mereka lebih suka melahirkan anak di kampung halaman sendiri. Begitulah juga mak, meski keluarga kami
menetap di tempat lain, setiap kali hendak bersalin, apak akan menghantar mak
pulang untuk bersalin di kampung kami.
Aku bersyukur dilahirkan
di Kampung halamanku...tempat dimana leluhur keluarga kami dilahirkan.
Aku dilahirkan dengan
berbidankan bidan kampung yang bernama Nek Timah. Menurut kata mak, diapun
berbidankan Nek Timah semasa dilahirkan oleh nenek kami, Allahyarhamah Baidah
binti Untung.
Nek Timah hidup
sehingga usia melewati 100 tahun. Aku masih
ingat dengan Nek Timah. Dia seorang tua
yang cergas dan baik hati.
Semoga Allah membalas
jasa Nek Timah dengan menempatkan rohnya di syurga firdaus.
Diari
Hatiku: sentiasa ingat asal-usul

No comments:
Post a Comment